Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tegas Pihak Persenda...

PEKAN - Tindakan tegas diambil terhadap individu mempersendakan institusi kesultanan dan raja Melayu...

Belum Ada Keputusan Mansuh...

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk memansuhkan atau...

Kritik Mahathir: DAP Putus...

PETALING JAYA - Jawatankuasa disiplin DAP menerima penjelasan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC),...

PM Gesa PKS Sesuai...

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa perusahaan kecil dan...

Ibu Terpaksa Dukung Anak Kurang Upaya Turun Naik Tangga

IBU seorang budak lelaki yang tidak dapat berjalan terpaksa membawa anaknya turun dan naik tangga beberapa kali sehari kerana permohonannya mendapatkan bantuan daripada pihak majlis perbandaran tidak berjaya.

Reece, anak bongsu Gary dan Mary Rogerson, 7, mengalami cerebral palsy dan kekurangan hidrokortison yang mempengaruhi hormon penting bagi kesihatannya.

Budak lelaki itu menggunakan kerusi roda dan memerlukan penjagaan 24 jam.

Pasangan tersebut dan anaknya yang lain, Courtney, 15, dan Raith, 16, mengatakan bahawa Majlis North Lanarkshire gagal memberikan bantuan terhadap anggota keluarga mereka yang cacat.

Minggu lepas, Courtney memuat naik rakaman di Facebook yang menunjukkan perjuangan dilalui ibunya yang berusia 53 pada setiap hari untuk membawa Reece ke tingkat atas dan bawah rumah mereka.

Mary bimbang apabila dia semakin tua dan anaknya semakin membesar, dia tidak lagi akan dapat mengangkatnya.


Pasangan terbabit berkata majlis perbandaran tersebut menawarkan untuk membayar £ 6000 (RM31,661) bagi melakukan pengubahsuaian, termasuk lif bertangga dan bilik mandi.

Tetapi jumlah itu tidak mencukupi dan mereka tidak mampu menampung baki lagi £ 20,000 (RM105,539) yang diperlukan untuk memastikan Reece boleh masuk dan keluar dari rumah mereka secara berdikari. – Metro UK/mStar Online

Kategori