• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Berterusan, Kuantan Mula Banjir

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan kawasan rendah di daerah ini mula dinaiki air dengan lima sekeluarga dari Kampung Baru Cherating menjadi mangsa pertama dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kelima-lima mereka terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan dua kanak-kanak perempuan, dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Cherating pada jam 9 pagi ini.

“Rumah mangsa terletak berhampiran kawasan paya menyebabkan air dari paya melimpah dan membanjiri kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Ia melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah). – BERNAMA

Tags: BanjirKuantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd