• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Perjuangan Bersatu Sebelum Jadi Ahli

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Bekas anggota dan pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menghayati prinsip perjuangan parti itu terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menjadi ahli, kata Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun.

​​​​​​​Beliau berkata bekas anggota dan pemimpin UMNO itu perlu mempunyai kriteria tertentu sebelum menjadi anggota Bersatu dan parti berhak untuk menerima atau menolak permohonan keahlian mereka.

“Kita lihat ada beberapa pemimpin UMNO ada juga yang telah menyerahkan borang keahlian kepada (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Saya sendiri berharap sekiranya mereka ini ingin menjadi ahli kepada Bersatu adalah kerana prinsip perjuangan parti itu sendiri.

“(Ada di antara) mereka keluar UMNO tapi belum nyatakan lagi nak masuk parti mana. Kita sebagai ahli parti juga sebenarnya sudah pasti ada kriteria tertentu. Jika sesiapa yang nak masuk parti kita ada kriteria tertentu untuk menerima atau menolak,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek jalan baharu dari Bagan Sungai Pinang ke Kampung Pulau Betong, di sini hari ini.​​​​​​​​​​​​​​

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan pemimpin UMNO yang bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.

Ditanya sama ada keahlian mereka dialu-alukan, Rina berkata pihaknya akan menerima keanggotaan mereka sebagai ahli biasa, namun dari segi kepimpinan perlu dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi.

“Kalau ahli biasa kita terima tapi kalau pemipin kena ada mesyuarat kepimpinan tertinggi Bersatu. Kita mengikut apa yang diputuskan oleh kepimpinan Bersatu,” katanya.​​​​​​​

​​​​​​​Mengulas mengenai dakwaan Bersatu mahu mendominasi Pakatan Harapan (PH) susulan menerima keahlian bekas pemimpin UMNO ke dalam parti, beliau berkata setiap parti komponen dalam PH bekerja sebagai satu pasukan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 seterusnya memberi khidmat kepada rakyat yang mahu melihat kepada perubahan.​​​​​​​

Sementara itu, Rina yang juga Menteri Pembangungan Luar Bandar berkata jalan baharu sepanjang 10.2 kilometer dengan lebar jalan berturap 6.5 meter dan sebuah jambatan itu dijangka siap pada 2021.​​​​​​​

Beliau berkata projek itu akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di kawasan itu apabila siap sepenuhnya.

“Projek ini sekarang statusnya baru tujuh peratus. Saya berharap projek ini berjalan seperti yang diharapkan dan dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun. Projek ini menelan belanja sebanyak RM53 juta dan kita pun ada buat rundingan dengan pihak kontraktor agar dapat dikurangkan harganya,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSATURina Harun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd