• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Telur Ayam Dikurang 2 Sen, Bekalan Mencukupi

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan telur ayam bagi musim perayaan ini adalah mencukupi dengan harga yang stabil.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub turut berkata pengeluar telur ayam bersetuju untuk kurangkan harga di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi semua gred telur, bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut berkata pengurangan tiga peratus bekalan telur ayam sebelum ini bukan disebabkan jangkitan virus Avian Influenze H5 dan H7 (selsema burung) tetapi kerana beberapa ladang terutama di Semenanjung Malaysia menghadapi masalah penyakit-penyakit yang biasa.

“Ladang ayam yang berdepan masalah kematian ayam yang tinggi sebelum ini tidak dibenarkan menjual telur sehingga siasatan dan keputusan makmal mengesahkan tiada jangkitan penyakit.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan bekalan telur 3 peratus, namun siasatan menunjukkan ladang ayam berkenaan bebas dari jangkitan selsema burung seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menambah kenaikan kadar tukaran wang asing iaitu dollar Amerika Syarikat berbanding Ringgit pada November turut memberi kesan kepada kenaikan harga bahan makanan ternakan yang diimport sekaligus meningkatkan kos pengeluaran telur.

“Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport seterusnya meningkatkan kos pengeluaran telur dan harga naik sebanyak lima peratus,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan kementerian menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati memang berlaku kenaikan harga telur ayam 2 sen bagi gred C di peringkat ladang daripada 38 sen pada 28 Nov ke 40 sen pada 4 Dis. – BERNAMA

Tags: bekalantelur ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

19/06/2024
0

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi gred A, B dan C berpotensi mencetuskan...

Nahas Korbankan 3 Tentera: Pemandu Lori Dituduh Di Mahkamah

Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik

15/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato di pasaran, namun masih lagi terkawal, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd