• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 1,000 Sambut ‘Kepulangan’ Muhammad Adib

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Helikopter yang membawa jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selamat mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah di sini, pada pukul 10.29 pagi.

Dianggarkan kira-kira 1,000 penduduk tempatan dan orang ramai yang menunggu sejak pukul 8 pagi tadi di dalam dan luar kawasan sekolah itu, menyaksikan ‘kepulangan’ Muhammad Adib yang disahkan meninggal dunia malam tadi.

Jenazah ditemani ibu, bapa dan tunangnya diterbangkan dari Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Subang, Selangor pada 7.55 pagi tadi.

Sebaik tiba di sini, jenazah kemudian dibawa masuk ke dalam van jenazah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Tebengau yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah itu.

Jenazahnya diuruskan mengikut istiadat kebombaan dengan seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian uniform JBPM lengkap bersongkok mengiringi sehingga ke rumah ibu bapanya untuk penghormatan terakhir.

Selepas penghormatan terakhir selesai, jenazah dijangka dikebumikan selepas waktu zohor di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, di sini, yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah keluarga Allahyarham.

Turut hadir melawat keluarga dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek; Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh.

Malam tadi, Muhammad Adib yang parah dipercayai dipukul perusuh ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN). – BERNAMA

Tags: meninggal duniaMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd