• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas Mahu Palestin Bersatu

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniya, menegaskan kesediaannya bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas di mana saja bagi membincangkan masalah perpecahan dalam dua pertubuhan Palestin itu.

Ismail membuat kenyataan itu ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-31 penubuhan Hamas di Bandar Raya Gaza semalam, yang dihadiri puluhan ribu penduduk Palestin.

Anggota sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, turut menghadiri perhimpunan itu dengan berpakaian celoreng serta membawa pelbagai jenis senjata api.

Menurut AlJazeera, Ismail menegaskan kesediaan pertubuhannya untuk ‘mematuhi apa saja yang diperlukan’ bagi memulihkan perpaduan penduduk Palestin dan menamatkan perpecahan.

Beliau turut menyatakan kesediaan mengadakan pilihan raya, sama ada presiden atau parlimen.


PULUHAN ribu penduduk Palestin menghadiri perhimpunan itu. – Reuters

Bulan lalu, delegasi Hamas dan Fatah bertemu dengan pegawai Mesir di Kaherah dalam usaha menamatkan perpecahan penduduk Palestin.

AFP melaporkan, Ismail memuji perjuangan menentang Israel di Tebing Barat berikutan beberapa serangan terhadap Israel.

Dalam dua kejadian minggu lalu, dua tentera Israel maut ditembak di Tebing Barat dan Ramallah.

Pasukan keselamatan Israel menahan sekurang-kurangnya 37 anggota Hamas berhubung kejadian itu.

Ismail berkata, serangan akan diteruskan sehingga dasar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di rantau berkenaan dihentikan, terutama pemindahan Kedutaan Amerika ke Baitulmaqdis.

Kumpulan bersenjata Palestin di Gaza, termasuk Hamas, berperang tiga kali dengan Israel sejak 2008. – AFP/myMetro Online

Tags: HamasPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd