• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis 14 Tahun Mati Disyaki Dipukul Jiran

oleh
01/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Seorang gadis berusia 14 tahun maut selepas disyaki dipukul jirannya ketika cuba mengelak daripada dirogol dalam kejadian di kawasan kebun pokok buluh, Pulau Gaya, di sini, Rabu lalu.

Mangsa, Amalin Julmin, yang tiada dokumen pengenalan diri, ditemui ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah di kawasan kebun kira-kira 100 meter dari rumah ibu saudaranya itu, jam 3 petang, hari sama.

Mangsa yang separuh sedar kemudian dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan kerana luka parah di kepala, namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, berkata mangsa tinggal bersama ibu saudaranya dan ketika kejadian dia tiada sebaik wanita itu pulang dari membeli ikan.

“Ibu saudaranya meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa. Sejam selepas itu, wanita itu menemui mangsa di kawasan kebun pokok buluh dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar.

“Ketika itu, ibu saudara bertanya kepada mangsa siapa yang mencederakannya, sebelum mangsa menjawab jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peter berkata, suspek berusia 29 tahun yang membuat laporan polis bagi menafikan pembabitannya, ditahan selepas selesai membuat laporan polis, sehari selepas kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat tiga tompokan darah dan polis merampas sebilah parang panjang yang patah dipercayai digunakan sebagai objek jenayah.

“Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian suspek cuba merogol mangsa lalu memukulnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH Online

Tags: kes pukul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd