• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Air Pasang Besar Di Taman Negara Johor Tanjung Piai Tarik Pengunjung

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Taman Negara Johor Tanjung Piai, di sini, menjadi tarikan orang ramai khususnya kanak-kanak untuk mandi-manda berikutan fenomena air pasang besar di sekitar kawasan itu, mulai semalam.

Tinjauan di pintu masuk taman negara hutan paya bakau itu, hari ini, mendapati pengunjung cukup teruja menyaksikan limpahan air deras di kawasan tersebut mulai kira-kira 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi.

Pengurus Taman Negara Johor Tanjung Piai Norwati Abdul Wahab berkata limpahan air pasang besar selama dua jam sehari itu bermula sejak semalam dan dijangka berakhir Khamis ini.

“Semasa air pasang berlaku di kawasan Taman Negara Johor Tanjung Piai, air laut dari Selat Melaka akan melimpah masuk ke kawasan taman negara kerana kawasan ini berada di pesisir pantai.

“Fenomena ini berlaku hanya dua jam sahaja dalam sehari antara 11 pagi dan 1.30 tengah hari. Ketinggian air pasang ini antara 3.4 meter dan 3.6 meter dengan kemuncaknya iaitu 3.6 meter pada hari ini dan esok,” katanya yang ditemui pemberita di sini hari ini.

Norwati berkata seramai 20 kakitangan ditugaskan memantau orang ramai sepanjang fenomena berlaku bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan lawatan ke dalam taman negara itu ditutup selama dua jam sepanjang fenomena berlaku.

Beliau berkata berbeza beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan pengunjung yang datang untuk melihat fenomena berkenaan agak tinggi dalam tempoh dua hari ini berkemungkinan disebabkan adanya kesedaran terhadap kejadian fenomena air pasang dan pemuliharaan alam.

Sementara itu, penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nur Shahira Hanafiah, 23, berkata dia cukup teruja apabila pertama kali berkesempatan menyaksikan limpahan air tersebut.

“Saya teruja apabila tiba-tiba melihat air pasang melimpah ke pintu masuk ini dan kanak-kanak berlari-lari bermain air,” katanya yang datang ke kawasan itu bersama empat rakan lain.

Vincent Tan, 48, pula menyifatkan fenomena itu sesuatu yang menarik untuk pelancong tempatan mahupun asing mengenali Taman Negara Johor Tanjung Piai.

“Tempat bersih. Saya datang satu keluarga, bagus sekarang tempat ini pun makin baik dan cantik,”katanya yang merupakan anak jati Pontian, namun, kini menetap di Johor Bahru.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Kanada, Tyler Bishop dan Dianne Bishop pula berkata mereka tiba awal hari ini untuk menyaksikan fenomena itu.

“Saya bekerja di Johor Bahru dan kami datang ke sini untuk melawat. Amat menarik sekali dan semua kanak-kanak bermain. Hari ini sungguh menyeronokkan,” kata Tyler, pengetua di sebuah sekolah antarabangsa. – BERNAMA

Tags: air pasang besarpengunjung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan PH Terus Membebankan Rakyat

Next Post

Sejam Kejar Suspek Curi Treler, Seorang Ditahan

Related Posts

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

31/01/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Next Post

Sejam Kejar Suspek Curi Treler, Seorang Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd