• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Makmal Ditemui, Dadah RM6.75 Juta Dirampas

oleh
01/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan dadah bernilai RM6.75 juta ekoran empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lalu.

Operasi antara 5.45 petang dan 10.30 malam itu membongkar dua makmal memproses dadah serta membawa kepada penahanan 10 anggota sindiket berusia 26 hingga 39 tahun, termasuk tujuh warga asing.

Secara keseluruhan, polis merampas 92.44 kg dadah disyaki syabu, 22.05 kg cecair disyaki syabu, 1.85 kg kokain dan 32.6 kg serbuk prekursor ephedrine selain menyita lima kereta mewah, sebuah motosikal, wang tunai RM10,840, sepucuk pistol, seutas jam tangan dan seutas rantai leher.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah banglo di Jalan Ampang yang dijadikan makmal memproses dadah. Dua lelaki warga India 24 dan 29 tahun dan seorang lelaki warga Rusia, 31, yang berperanan sebagai ahli kimia, ditahan.

“Pemeriksaan yang dilakukan menemui sejumlah dadah disyaki syabu, kokain, sepucuk pistol dan pelbagai bahan kimia selain kertas formula cara memproses dadah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya kemudian telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya.​​​​​​​

Katanya bertindak atas maklumat, serbuan kedua dilakukan di sebuah lagi banglo di Jalan Kemajuan yang turut dijadikan makmal memproses dadah dan menahan empat lelaki warga India berusia 26 hingga 39 tahun serta menemui ​​​​​​​sejumlah dadah disyaki syabu dan pelbagai peralatan memproses dadah.

“Serbuan seterusnya dilakukan di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya dan kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun. Pemeriksaan kenderaan di parkir hotel itu membawa kepada penemuan sejumlah dadah serta bahan kimia untuk memproses dadah,” katanya.​

Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun, yang dikatakan teman wanita lelaki Rusia berkenaan, di tahan dalam serbuan terakhir di satu alamat di Jalan Ampang.

Kata Mohmad, siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai mengedarkan dadah di dalam negara dan negara jiran.​​​​​​​

Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki Rusia itu memasuki negara ini menggunakan pas pekerja yang sah sehingga tahun hadapan namun sebelum ini pernah memasuki negara ini sebagai pelajar lima tahun lalu. Enam lelaki warga India berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.​​​​​​​

Kesemua yang ditahan kini direman tujuh hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes yang dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Tiket Melaka River Cruise Naik Lebih 50 Peratus

Next Post

Gadis 14 Tahun Mati Disyaki Dipukul Jiran

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Gadis 14 Tahun Mati Disyaki Dipukul Jiran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd