• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CUEPACS Cadang Rangka Sistem Saraan Yang Lebih Komprehensif

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bercadang mengemukakan sistem saraan baharu yang lebih bersifat komprehensif dan memberi lebih banyak faedah kepada penjawat awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul segala input berkaitan untuk dikemukakan kepada kerajaan bagi membantu proses merangka draf cadangan itu.

“Sejak SSM dilaksanakan pada 2002, sehingga kini sistem saraan yang sedia ada belum diubah. Oleh itu, kami berharap dengan adanya sistem baharu ini ia dapat mengambil kira cabaran 2020 pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Makan Malam Cuepacs Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang di sini, malam tadi.

Azih berkata sistem saraan baharu itu dijangka dapat membantu penjawat awam menangani kos sara hidup berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berbayar seperti elektrik dan kemudahan jalur lebar yang tidak terkawal. – BERNAMA

Tags: CuepacsPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd