• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CSM Penuhi Impian Kanak-Kanak Hidap Kanser Limfoma

oleh
09/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Cancers Survivors Malaysia (CSM) hari ini menghadiahkan telefon pintar kepada seorang kanak-kanak pesakit kanser limfoma bagi memenuhi impiannya yang inginkan gajet itu untuk memudahkannya belajar secara dalam talian.

Pengasas CSM, Zuraini Kamal berkata hadiah itu adalah hasil sumbangan orang ramai yang mahukan Nurin Amera Aleya Mohd Khairi, 11, terus bersemangat belajar walaupun sering ponteng sekolah kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan.

“Kami dapat duit melalui tabung yang dilancarkan sebelum ini dan terus beli telefon ini untuk dia, terima kasih kepada penderma yang prihatin.

“CSM berharap selepas ini adik Nurin Amera Aleya dapat ulang kaji menerusi portal Zoom ‘A’ atau melalui soalan-soalan yang disampaikan menerusi WhatsApp dengan gurunya,” katanya kepada pemberita di rumah kanak-kanak itu di Simpang Makam Diraja Langgar, di sini.

Sementara itu, Nurin Amera Aleya yang menghidap kanser tahap tiga berkata, dia bersyukur kerana impiannya untuk mempunyai telefon bimbit tercapai dalam waktu yang singkat.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga kanak-kanak ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bapanya, Mohd Khairi Mohamad bernombor 02105020208037 atau menghubungi beliau di talian 018-9427134. – BERNAMA

Tags: kanser limfoma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

16/08/2023
0

ULU TIRAM : Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja, masih trauma dengan kejadian menimpanya. (Ada rancangan...

Elyana Sering Kejang Kaki, Hanya Terlantar Tahan Sakit

27/03/2018
0

TUJUH tahun menanggung sakit membuatkan penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana bagaikan sudah lali dengan kesakitan yang dialaminya sehingga kini. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd