Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Negara Diunjur Catat...

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara diunjur kembali pulih antara 6.5 hingga 7.5 peratus...

Pakatan Harapan Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam dan dikritik hebat oleh netizen, Pakatan Harapan hari...

Gabenor Jakarta Dakwa Perairan...

Ahok gemar menghabiskan masa percutian di Pulau Belitung Timur dengan mandi di laut...

20 Kes COVID-19 Dikesan...

JELI : Sebanyak 20 kes COVID-19 dikesan membabitkan mangsa banjir yang ditempatkan di...

Elyana Sering Kejang Kaki, Hanya Terlantar Tahan Sakit

TUJUH tahun menanggung sakit membuatkan penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana bagaikan sudah lali dengan kesakitan yang dialaminya sehingga kini.

Menurut Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, dia telah beberapa kali mengalami kekejangan pada bahagian kaki kirinya sehingga membuatkan dia sukar untuk berjalan dan hanya mampu terbaring sahaja.

“Urat kaki belah kiri sakit. Kejang, tak boleh jalan. Tidur sakit, berjaga sakit, berdiri sakit. Tak tahu macam mana, sampai doktor tak tahu buat apa.

“Kalau nak tahu, saya dekat rumah tidak gembira seperti yang anda lihat di laman sosial tapi yang sebenarnya saya hanya terbaring, tak boleh bergerak langsung,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Dalam masa yang sama, rawatan kimoterapi yang dijalankan turut membuatkan uratnya terbakar serta saluran pendarahannya tidak berjalan dengan lancar seperti biasa.

Malah, kali terakhir dia menjalani rawatan berkenana ialah kira-kira sekitar Julai tahun lalu tetapi dia sekadar melakukan satu kali rawatan sahaja.

Hal ini disebabkan ibu kepada seorang cahaya mata itu mahu mencuba ikhtiar lain dengan cara akupuntur.

“Buat masa ini, saya berhenti lakukan kimoterapi dan saya ada cuba berubat cara akupuntur. Kalau nak kerja, saya kena buat persiapan awal seminggu.

“Kena makan ubat dan rehat secukupnya. Barulah saya boleh kerja kalau tak susah,” tambahnya lagi.


Menurut Instastory miliknya, Elyana dikatakan telah ditahan di wad selepas mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebuah hospital dan kini sedang berehat seketika.

Pada 7 Mac lalu, Elyana yang dikenali menerusi drama Dunia Baru itu akui bahawa dia terpaksa menggugurkan kandungannya yang sudah mencecah usia dua bulan atas faktor kesihatannya kini.

Dalam masa yang sama, dia juga memohon agar peminat dapat mendoakan kesihatan dirinya supaya kembali sihat seperti sedia kala.

“Saya tak nak tunjuk dekat orang saya tengah sedih. Tapi itu sahaja cara saya boleh bagitahu peminat bila mereka tanya kenapa saya diam.

“Salah satu sebab saya beritahu penyakit ini sebab saya harapkan doa orang ramai,” tambahnya lagi.

Elyaan telah disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun laklu dan berita itu telah disampaikan olehnya sendiri ketika tersingkir di konset kelima program Gegar Vaganza 4 pada November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori