• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN PRK Cameron Highlands Belum Diputuskan

oleh
31/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Barisan Nasional (BN) Pahang belum memutuskan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagaimanapun berkata mengikut tradisi, kerusi tersebut kuota MIC.

“Kita masih berbincang sama ada ingin mengekalkan kuota MIC tetapi perlu saya ingatkan itu adalah kuota MIC dan MIC bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan berjaya mengekalkan kerusi itu.

“Semalam kita adakan mesyuarat khas namun belum memutuskan calon… yang penting calon yang akan dipilih nanti adalah calon boleh menang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri di Ladang Kontrak Rock Melon di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Okt membatalkan kemenangan calon BN Datuk C. Sivarraajh pada pilihan raya umum lepas selepas berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

Pada majlis itu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menggesa petani sekitar Lipis mengambil kesempatan menanam rock melon berikutan permintaan tinggi pasaran dalam dan luar negara.

Katanya, Lipis bakal menjadi hab pengeluaran rock melon bagi negeri Pahang berikutan kejayaan menghasilkan rock melon berkualiti tinggi yang diusahakan di Kuala Medang sejak 2007.

Tambahnya, peruntukan khas kerajaan negeri sebanyak RM500,000 turut disalurkan kepada Jabatan Pertanian Pahang bagi menaik taraf kemudahan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai yang mengalami gangguan gajah liar. – BERNAMA

Tags: PRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Sedia Ambil Alih Bayar Elaun Tok Batin

24/01/2019
0

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya...

PRK: Wan Azizah Ambil Cuti Turun Kempen

23/01/2019
0

KUALA LIPIS - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil cuti dan turun berkempen sebagai hanya seorang pemimpin politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd