• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Belum Terima Permohonan Rasmi MCA Keluar Parti

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak ada menerima sebarang permohonan rasmi daripada MCA untuk keluar daripada gabungan itu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau bagaimanapun berkata apa jua keputusan yang akan diambil parti teras BN itu akan dihormati.

“Kami harap keputusan apa pun mesti dimaklumkan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat BN bersama para anggota Dewan Negara mewakili parti itu di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO, mengulas syor agar MCA meninggalkan BN yang merupakan antara agenda dibincangkan perwakilan parti itu pada Mesyuarat Agung Tahunannya yang berakhir hari ini.

MCA dan UMNO adalah dua parti terawal membentuk gabungan dikenali sebagai Perikatan pada 1952 sebelum disertai MIC dan dijenamakan semula sebagai BN pada 1973.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam yang diwakili presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong yang pada masa itu memegang jawatan timbalan presiden parti.

Ditanya sama ada BN mampu menarik pengundi Cina sekiranya MCA, parti berteraskan kaum Cina, keluar daripada BN, Ahmad Zahid yakin BN mempunyai kaedah sendiri.

“Sudah tentunya tidak 100 peratus orang Cina menyokong parti yang menjadi kerajaan sekarang ini, tentunya mereka harapkan alternatif lebih majmuk,” katanya.

Tambahnya, BN juga mempunyai banyak parti lain berteraskan kaum Cina, selain MCA. – BERNAMA

Tags: BNMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd