• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Reban Terapung Ikhtiar Selamatkan Ternakan

oleh
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan penternak bagi menyelamatkan haiwan ternakan mereka dari dihanyutkan air dan mati ketika musim tengkujuh tiba di negeri ini.

Bagi Abu Bakar Che Ahmad, 64, dari Kampung Tebak di sini beliau akan membina reban terapung untuk memastikan 60 ekor ayam denaknya selamat dari bencana banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh.

Warga emas itu mula menternak ayam denak (spesis ayam yang digunakan untuk memikat ayam hutan) sejak 10 tahun lalu sebagai punca pendapatannya selain hasil kebun getah dan sawit.

Beliau berkata ayam denak yang cantik dan mampu memikat banyak ayam hutan akan dijual sehingga RM350 seekor manakala yang kurang daya tarikan pula dijual pada harga RM50 sahaja.

Setiap kali musim banjir, bapa kepada tujuh anak itu mengakui memang ‘tidak lena tidur’ kerana risaukan keselamatan 60 ekor ayam denaknya yang dianggarkan bernilai antara RM15,000 hingga RM18,000 mengikut harga pasaran semasa ketika ini.

“Pok belanja RM520 untuk bina reban terapung itu beberapa hari lalu. Alhamdulillah setakat ini, semua ayam denak pok sihat walaupun hujan agak lebat sejak kebelakangan ini.

“Kerana sayangkan ayam denak, pok sanggup tak tidur kat tempat lain (Pusat Pemindahan Sementara). Lagipun rumah pok dua tingkat (bawah struktur batu dan tingkat atas struktur kayu), bila tingkat bawah dinaiki air 1.5 meter, pok dan isteri, Fatimah Saleh, 58, pindahkan tempat tidur dan dapur ke tingkat atas, Insyaallah selamat setakat ini,” katanya kepada pemberita.

Jarak PPS ke rumah Abu Bakar hanya 200 meter menyebabkan warga emas itu berani terus tinggal di rumahnya kerana jika berlaku sebarang kecemasan, beliau boleh berpindah ke PPS tersebut dengan cepat kerana turut memiliki sebuah bot fibre dengan engin sangkut.

Abu Bakar berkata beliau tidak boleh meninggalkan ayam denaknya tanpa sebarang pengawasan kerana bimbang dicuri orang dan setiap kali mahu pergi ke mana-mana destinasi, beliau akan memastikan anaknya tinggal di rumah itu untuk menjaga ayam denak tersebut, dan 11 ekor kucingnya yang turut ditempatkan di dalam reban itu.

“Masa banjir Pok juga guna bot ni untuk tahan pukat dan jual ikan lampam, ikan baung dan ikan lain kepada penduduk kampung sekitar.

“Walaupun tahu rumah pok ini berisiko banjir setiap tahun kerana terletak di kawasan rendah, pok tak kisah kerana sudah selesa tinggal di sini kerana inilah tanah kelahiran asal pok,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd