• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Di Sarawak Atas Kehendak Rakyat – Mahathir

oleh
02/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sarawak adalah atas kehendak rakyat pribumi negeri, yang merasakan hanya parti itu yang memahami tahap kehidupan dan melindungi hak mereka.

Beliau berkata pada asalnya parti itu tidak bercadang untuk datang ke Sarawak, tapi akhirnya ia tetap melebarkan sayapnya ke Bumi Kenyalang, atas permintaan dan tuntutan rakyat Sarawak sendiri.

“Sebab kita sedar bahawa orang pribumi masih berasa tidak senang dengan taraf hidup mereka, kemajuan mereka, dan peranan mereka dalam politik negara. Mereka berpendapat hanya Bersatu sahaja boleh perjuangkan hak mereka,” katanya semasa merasmikan penubuhan PPBM Sarawak di Dewan Suarah Bintulu malam ini.

Katanya beliau yakin pada pilihan raya negeri yang akan datang, menerusi PPBM dengan kerjasama parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain di Sarawak, rakyat akan dapat menukar kerajaan negeri yang ada sekarang.

Mahathir berkata sebelum ini di Semenanjung, rakyat di sana tidak terfikir Barisan Nasional (BN) boleh ditumbangkan, tetapi pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas, rakyat menolak BN dan memilih PH.

Beliau seterusnya menyentuh soal belanjawan yang dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, yang menyaksikan Sarawak memperuntukkan RM11 bilion untuk pembangunan, yang terbesar berbanding negeri-negeri lain.

Menurut beliau ia menunjukkan Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya, dan sebagai negeri yang kaya rakyatnya tidak sepatutnya masih ramai yang miskin.

“Kekayaan itu seharusnya dikongsikan bersama dengan rakyat agar mereka akan turut kaya,” katanya sebelum disambut dengan laungan “Hidup Tun” dan “Hidup Bersatu” dari kalangan para hadirin. – BERNAMA

Tags: BERSATUMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

Veteran DAP Kata Melayu Tidak Hilang Kuasa Politik Jika Undi Bumiputera Berpecah

Veteran DAP Kata Melayu Tidak Hilang Kuasa Politik Jika Undi Bumiputera Berpecah

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa kuasa politik Melayu tidak akan hilang sekiranya undi bumiputera berpecah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd