• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Balik: Kabinet Arah PTPTN Laksana Kajian Terperinci

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat kajian bagi mengenal pasti kaedah terbaik menangani isu pembayaran balik pinjaman pendidikan seperti diarahkan kabinet.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata kajian akan dilaksanakan bermula tahun hadapan setelah mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak.

“Kita dalam proses untuk memulakan kajian dan dijangka perkara tersebut boleh dilaksanakan secepat mungkin awal tahun hadapan seperti yang diarahkan oleh kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perlis Motorday 2018 di Perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar di sini, hari ini.

Perlis Motorday 2018 ini anjuran Persatuan Muafakat Harapan Perlis (PMHPs) menghimpunkan 3,000 penunggang dari seluruh negara dan turut disertai kira-kira 300 peserta Singapura serta Thailand.

Semalam, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) agensi itu, Mastura Mohd Khalid dilaporkan sebagai berkata PTPTN akan mengadakan sesi keterlibatan bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas mengenai kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan.

Sesi itu dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 bulan sebelum kaedah bayaran itu diperkenalkan.

Wan Saiful berkata pada masa ini PTPTN masih meneruskan kaedah pembayaran balik pinjaman seperti biasa selagi tiada pengumuman baharu dibuat.

Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Bagaimanapun pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula oleh PTPTN.

Pada 23 Nov pula, Kementerian Pendidikan mengumumkan potongan gaji bagi PTPTN akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan.

Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000. Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji peminjam.

Pada 7 Dis, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan kerajaan menggantung pelaksanaan skim pembayaran semula berkenaan sehingga menerima input dan maklum balas secara kolektif daripada semua pemegang taruh. – BERNAMA

Tags: kajian terperinciPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd