• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 781 Penduduk Berpindah Ke 13 PPS Di Terengganu

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seramai 781 penduduk daripada 203 keluarga yang terjejas banjir di Terengganu, kini ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri itu, setakat 8 malam ini.

Mengikut statistik portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Marang mencatat jumlah mangsa paling ramai sebanyak 439 orang (113 keluarga) di empat PPS, diikuti Kuala Terengganu (181 orang daripada 52 keluarga) di tiga PPS, Kuala Nerus (134 orang, 32 keluarga) di dua PPS dan Setiu (27 orang, enam keluarga) di empat PPS.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding jumlah mangsa hanya 509 orang di 11 PPS, di empat daerah itu pada 4 petang tadi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal sama pula melaporkan hanya Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan melebihi paras amaran ketika ini, setinggi 34.35 meter (m) berbanding paras amaran 34m.

Dua sungai lain pula, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, sudah melepasi paras waspada.

Tinjauan Bernama sehingga lewat petang tadi mendapati kebanyakan penduduk di kawasan terjejas memilih untuk berpindah ke PPS secara sukarela memandangkan hujan masih berterusan dan bimbang dengan paras air naik secara mendadak. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd