• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwanddin Jatuh Kerana Tersadung Pasu Bunga

oleh
28/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menafikan anggotanya bertindak kasar ke atas Datuk Azwanddin Hamzah sehingga menyebabkan Pengerusi Jaringan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu terjatuh ketika dibawa ke Mahkamah Klang untuk proses reman semalam seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata siasatan mendapati Azwanddin hampir tersungkur ketika turun daripada kenderaan pasukan itu disebabkan tersadung dan terlanggar pasu bunga di perkarangan mahkamah.

Beliau berkata insiden itu berlaku kerana tahanan lain yang berkongsi gari dengan Azwanddin berjalan laju tatkala Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3) itu sedang melambaikan tangan kepada penyokongnya yang hadir ​​​​​​.

“Semasa dibawa ke mahkamah semalam, Azwanddin digari di tangan kanannya bersama dua tahanan lain dan beliau terjatuh ketika dalam perjalanan masuk ke bangunan mahkamah selepas turun daripada kenderaan polis.

“Sejurus itu, anggota yang bertugas bertindak membantu mengangkat beliau semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu, peguam yang mewakili Azwanddin, Datuk Mohd Imran Tamrin juga turut mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka mendapat kerjasama baik daripada polis.

Shamsul Amar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar atau memutar belitkan maklumat mengenai insiden berkenaan kerana ia disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan ketenteraman awam selain membangkitkan keresahan masyarakat.

Tegas beliau, tindakan menyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 atau Akta Hasutan 1948.

Semalam, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap Azwanddin bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur ugutan yang dikeluarkannya pada satu perhimpunan di Klang, Selasa lepas. – BERNAMA

Tags: Azwanddin Hamzah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Keluar Waran Tangkap Azwanddin

28/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk...

Azwanddin Tak Mengaku Salah Beri Ucapan Peristiwa 13 Mei

04/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistert Ampang di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd