• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwanddin Tak Mengaku Salah Beri Ucapan Peristiwa 13 Mei

oleh
04/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistert Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membuat ucapan yang akan menyebabkan ketakutan kepada orang ramai berhubung ‘Peristiwa 13 Mei 1969.’

Azwanddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Tertuduh didakwa telah membuat ucapan mengenai kenyataan ingin mengulangi Peristiwa 13 Mei 1969 dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada mana-mana orang yang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Ahli perniagaan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik media NTH Media, Tingkat 11, Menara A Pandan Capital, Pandan Indah di sini pada 2 petang, 21 November 2018 mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah peristiwa yang diingati sebagai hari berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di Malaysia dan perlu menjadi pengajaran mengenai betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini terus bersatu-padu serta hidup dalam suasana harmoni.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Azwanddin, yang diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, merayu jaminan minimum atas alasan bahawa dia telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

“Tertuduh mempunyai empat orang anak dan kesemuanya masih bersekolah. Selain itu, seorang daripada anak tertuduh adalah Orang Kelainan Upaya,” katanya.

Mahkamah membenarkan Azwanddin diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mac sebagai sebutan semula kes.

Tags: Azwanddin Hamzahperistiwa 13 mei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tinggi Keluar Waran Tangkap Azwanddin

28/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk...

Azwanddin Dituduh Ugut Serang Balai Polis, Aib Individu

24/04/2019
0

KLANG - Perbuatan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah melakukan ugutan jenayah dan mengaibkan seseorang, tahun lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd