• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Bidas Anwar Lantikan MPP PKR

oleh
29/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang baharu bagi sesi 2018-2021.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerajaan Malaysia Baharu pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun. Dr. Mahathir Mohamad menggesa Presiden PKR, Anwar supaya meneliti semula perlantikan jawatan utama kepimpinan parti itu.

Tegas beliau, pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan PKR ke landasan yang sebenar.

“Pelantikan yang telah diumumkan (Anwar) tidak mencerminkan prinsip ‘fair and just representation’ terhadap aspirasi anggota dan tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan.

“Beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar semalam antara lain mengumumkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai Naib Presiden PKR dalam barisan kepemimpinan MPP PKR yang baharu bagi sesi 2018-2021

Mohamed Azmin seterusnya berkata, Jawatan Setiausaha Agung adalah jawatan penting yang harus dipikul oleh seseorang yang profesional dan wibawa dalam memahami tugas pengurusan dan pentadbiran.

Kataya, pemegang jawatan itu perlu melaksanakan tugas selaras dengan keputusan parti yang dibuat secara konsensus dan bukan mengambil pendirian secara berasingan.

Jawatan Setiausaha Agung PKR disandang Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Begitu juga pelantikan MPP yang seharusnya dibuat berdasarkan merit dan bukan sebagai imbuhan atau sogokan politik untuk meraih sokongan undi dalam MPP,” tegasnya.

Justeru, katanya, beliau akan sekali lagi merujuk perkara itu kepada Anwar kerana Anwar didakwa telah sedia maklum dengan pendiriannya dan majoriti MPP yang dipilih sebelum ini.

“Pendirian ini telah dimaklumkan kepada Presiden beberapa minggu lalu dan saya menggesa Presiden memberi perhatian serius demi menjamin masa depan parti yang kukuh dan inklusif.

“Sesungguhnya, idealisme reformasi dalam KEADILAN (PKR) menuntut kita bergerak dengan kekuatan organisasi yang mantap dan meraikan kerencaman pandangan serta inklusif dalam menggarap seluruh kekuatan sumbangan anggota KEADILAN,” ujarnya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Anwar IbrahimDatuk Seri Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd