• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Khusus Warga Emas Akan Digubal -TPM

oleh
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu akta khusus untuk warga emas akan digubal dalam waktu terdekat bagi melindungi kebajikan dan hak asasi golongan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) yang dipengerusikannya hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata akta tersebut juga antara lain bagi mewujudkan sistem sokongan yang diperlukan warga emas.

“Menyedari Malaysia akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030, di mana 15 peratus daripada penduduk bakal terdiri daripada golongan ini (warga emas), kementerian akan menggubal akta khusus untuk warga emas dalam waktu yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Wan Azizah berkata kementerian itu sedang merancang untuk mengadakan satu projek rintis untuk mewujudkan bandar raya mesra warga emas dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

“Projek ini adalah untuk menggalakkan penglibatan penduduk dalam perancangan tempatan dan seterusnya mewujudkan persekitaran mesra warga emas,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan akan terus memperkasakan warga emas dalam komuniti melalui penubuhan 29 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu.

“Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan pada 2018 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang mana setiap PAWE menerima bantuan berjumlah RM80,000 bagi pembaikan bangunan dan pembelian peralatan serta RM33,333 bagi tujuan pengoperasian.

“Pada 2019, JKM akan memastikan mana-mana kawasan parlimen yang masih belum mempunyai PAWE akan diberi keutamaan untuk pembinaan pusat itu,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata agenda pemerkasaan MPPWEN akan diteruskan bagi memenuhi hasrat untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua warga emas.

“Kerjasama yang lebih erat antara semua pihak yang terlibat adalah penting dan diperlukan bagi menggalas tanggungjawab dan komitmen untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga emas di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd