• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ABIM Gesa Pihak Berkuasa Bertindak Segera Tegakkan Keadilan

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan berasaskan perundangan sedia ada.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia perlu bertenang dan meletakkan kepercayaan pada penguatkuasa undang-undang.

“ABIM menghargai sumbangan, peranan serta pengorbanan para anggota keselamatan serta pihak berkuasa yang komited dan berintegriti dalam menjalankan tugas selain menyeru rakyat Malaysia agar berhati-hati serta tidak terperangkap dalam sentimen perkauman sempit yang hanya merumitkan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Raimi juga berkata para pemimpin politik perlu lebih berwaspada dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, mengambil kira sensitiviti serta keharmonian masyarakat di Malaysia.

“ABIM tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang menangguk di air yang keruh…Fokus utama kini haruslah ke arah mencari penyelesaian berlandaskan undang-undang serta meredakan keadaan tanpa dibayangi sebarang kepentingan tersembunyi,” katanya.​​​​​​​

Sementara itu, ABIM turut menggesa Kerajaan untuk memperkukuhkan Pendidikan Sivik, Demokrasi dan Kewarganegaraan agar rakyat dididik dengan nilai kasih sayang, saling hormat-menghormati dan mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri, politik dan sebagainya.

“Rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah terbukti dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Jangan keharmonian dihancurkan dengan bara perkauman yang mengundang ketegangan etnik dalam masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abimkeadilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd