Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Sabotaj MyIMMs: 37 Pegawai...

SEPANG - Sebanyak 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas...

Kadar Rt COVID-19 Kes...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara...

Air Pasang Besar, Keadaan...

SHAH ALAM - Keadaan pantai di lima daerah di Selangor masih terkawal dan...

Selena Gomez Gesa Bantu...

PELAKON dan penyanyi, Selena Gomez bukan sahaja cantik dan menawan malah turut peka...

7 Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Sri Aman

SRI AMAN – Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang dinaiki enam orang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton, dengan seorang pemandu, di Temudok di sini pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dari arah bertentangan di depan pejabat Naim Gamuda Temudok, Sri Aman kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

Beliau berkata, komander operasi melaporkan ketika pasukan bomba sampai di lokasi kemalangan didapati semua mangsa telah dikeluarkan sebelum pihak Bomba sampai.

Kesemua enam mangsa yang menaiki van itu dihantar ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan EMRS dan Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda dihantar oleh orang awam ke Hospital Sri Aman. – BERNAMA

Kategori