• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

62 Calon Gagal Serah Penyata Perbelanjaan PRU14

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 62 orang calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gagal menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya masing-masing, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.

“Jumlah ini meliputi 14 orang calon bagi bahagian pilihan raya Parlimen dan 48 orang calon bagi bahagian pilihan raya DUN (Dewan Undangan Negeri),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 menetapkan bahawa calon-calon yang bertanding atau ejen pilihan rayanya hendaklah menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU-14 yang diwartakan pada 28 Mei tahun ini (2018).

Tarikh akhir penyerahan penyata perbelanjaan PRU14 ialah pada pada 28 Jun lepas, katanya.

“Sehubungan dengan itu, SPR telah membuat laporan polis terhadap calon-calon yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan mereka bagi tindakan lanjut mengikut undang-undang,”katanya.

Pada PRU14, SPR telah menerima sebanyak 687 pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 1,646 pencalonan bagi kerusi DUN, katanya.

Menurut Azhar, selaras dengan Seksyen 23 AKPR 1954, terdapat implikasi terhadap calon yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan.

Antaranya tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam Dewan Rakyat atau DUN, tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama tempoh lima tahun dan boleh didakwa dan diambil tindakan atas perbuatan yang menyalahi undang-undang, katanya. – BERNAMA

Tags: Azhar Azizan HarunSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd