• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Cedera Letupan Di Pulau Sialu

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Enam cedera apabila sebuah kapal tangki dan sebuah kapal malim terlibat dalam satu insiden letupan pada pukul 6 petang, semalam, di kedudukan lima batu nautika barat daya Pulau Sialu, di sini.

Pengarah Zon Batu Pahat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Komander Maritim Mohamad Othman berkata, sebaik sahaja menerima laporan berhubung insiden berkenaan, seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat kesan letupan pada kapal malim yang berada dalam keadaan bertambat pada sebelah kapal tangki Gas Infinity yang bertujuan untuk melakukan kerja-kerja pemindahan barang.

“Dalam insiden tersebut, empat kru kapal malim bersama dua kru kapal tangki berusia lingkungan 29 hingga 48 tahun didapati mengalami kecederaan melecur akibat terkena letupan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Mohamad lagi, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun kesemua mangsa dilaporkan stabil.

Beliau berkata kejadian kemalangan kapal itu masih dalam siasatan Zon Maritim Batu Pahat.

“Di sini pihak kami mengingatkan kepada semua pengusaha perkapalan dan komuniti maritim agar sentiasa patuh pada undang-undang dan sentiasa menitikberatkan aspek-aspek keselamatan ketika melaksanakan sebarang aktiviti di laut.

“Sebarang maklumat salah laku jenayah atau kecemasan orang ramai boleh menghubungi talian hotline 07- 4344020 atau 999 yang beroperasi secara 24 jam,” katanya. – BERNAMA

Tags: cederaletupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd