• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Motosikal Bertembung Di Kamunting, 2 Maut

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Dua penunggang motosikal maut, manakala seorang cedera ringan apabila tiga motosikal bertembung di Jalan Taiping-Selama di hadapan Taman Kamunting Mutiara, Kamunting pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Shafarulnizam Mat , 35 dan Mohd Saafiee Saidin, 59, manakala Muhd Iswandi Baharuddin, 25 pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata semasa kejadian Mohd Shafarulnizam dan Muhd Iswandi sedang dalam perjalanan dari Batu Kurau ke Kamunting, manakala Mohd Saafiee dari arah bertentangan.

“Siasatan mendapati Mohd Saafiee dipercayai memasuki lorong bertentangan untuk menyeberang jalan menyebabkan Mohd Shafarulnizam tidak sempat membrek lalu bertembung dengan motosikal ditunggang Mohd Saafiee manakala Muhd Iswandi pula tidak dapat mengelak kemalangan di hadapannya menyebabkan motosikalnya terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata Mohd Shafarulnizam seorang pekerja swasta dan Mohd Saafiee pesara kerajaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Muhd Iswandi mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Beliau kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –BERNAMA

Tags: kemalanganmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd