• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar Melarikan Diri

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Dua pelajar lelaki Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, di sini melarikan diri daripada sekolah juvana itu pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menerima laporan daripada pengurusan sekolah itu pukul 9.21 malam Sabtu memaklumkan dua pelajar lelaki masing-masing berusia 14 dan 17 tahun telah melarikan diri dari sekolah tersebut.

Beliau berkata kehilangan dua pelajar itu disedari semasa warden membuat panggil nama di hadapan dewan makan untuk pemeriksaan pelajar di situ sebelum mendapati mereka tiada dalam barisan dan disyaki telah melarikan diri.

“Pihak sekolah bersama polis telah melakukan pencarian dua pelajar itu di kawasan Teluk Air Tawar, namun mereka yang masing-masing berasal dari Kampung Naga Ibu, Tumpat di Kelantan dan Bukit Kecil di Bukit Mertajam dekat sini gagal ditemui,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal polis mendapati kedua-dua pelajar itu baru sahaja melaporkan diri di sekolah berkenaan iaitu pada 13 Dis lepas dan kali terakhir dilihat sebelum makan malam di dewan makan sekolah tersebut.

Noorzainy berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kebenaran atau permohonan pergerakan keluar diterima daripada dua pelajar itu atau anggota keluarga mereka.

“Pakaian terakhir yang dipakai oleh dua pelajar itu ialah T-shirt warna biru (jenama dan logo tidak pasti) dengan seluar panjang warna hitam dan T-shirt warna putih (jenama dan logo tidak pasti) dengan seluar panjang warna hitam, ” katanya.

Beliau berkata tiada kamera litar tertutup di kawasan dalam dan luar sekolah itu dan polis sedang berusaha mengesan dua pelajar itu serta meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya siasatan lanjut juga masih dijalankan bagi mengetahui cara dua pelajar itu keluar dari sekolah berkenaan. – BERNAMA

Tags: pelajarSekolah Tunas Bakti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd