• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Daerah Di Terengganu Kembali Dilanda Banjir

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi di beberapa kawasan Hulu Terengganu dan Dungun menyebabkan dua daerah itu kembali dilanda banjir.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka petang tadi yang menempatkan 149 mangsa daripada 39 keluarga.

Tiga PPS di Hulu Terengganu ialah PPS di Kampung Sekayu yang menempatkan 45 orang daripada 10 keluarga, Balai raya Kampung Pelandan (22 orang daripada tujuh keluarga) dan PPS Kampung Pengkalan Ajal (50 orang daripada 15 keluarga) manakala satu PPS di Dungun pula ialah di Surau Besol Lama yang menempatkan 32 orang daripada tujuh keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal sama pula melaporkan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu telah melepasi paras bahaya apabila merekodkan bacaan setinggi 21.02 meter (m) berbanding paras bahaya 21.00 m.

Beberapa sungai utama lain juga kekal melepasi paras amaran setakat ini iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan setinggi 34.48 m berbanding paras amaran 34 m, Sungai Chalok di Jambatan Chalok di daerah Setiu kini setinggi 7.89 m (paras amaran 7.70 m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu setinggi 19.68 m (paras amaran 18.70 m). – BERNAMA

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd