• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Petinju Profesional Bakal Berentap Rebut 2 Tali Pinggang

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seramai 16 petinju profesional dari Malaysia dan luar negara bakal berentap bagi merebut dua tali pinggang yang ditawarkan pada kejohanan ‘EduCity Kombat League 2018’ (EKL 2018) pada 29 Dis ini, di sini.

Antara nama-nama besar yang akan menyertai kejohanan itu ialah bintang seni bela diri campuran (MMA) berasal dari Johor, Jihin Radzuan; juara judo tali pinggang hitam peringkat kebangsaan dan MIMMA5 Middleweight Champion, Mohd Fakhrul Izzat Affandi dan Don Sulaiman, atlet MMA dari Palestin.

Pengarah Projek Boxxtomoi Asia Musaddik Zainuddin berkata kejohanan itu yang dianjurkan EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd, turut menghimpunkan petinju daripada pelbagai seni tempur seperti judo, MMA, tinju, silat serta penyertaan dari negara luar seperti Palestin, Afghanistan, Singapura, Thailand, Perancis dan Iran.

Dua tali pinggang yang bakal menjadi rebutan ialah ‘Iskandar Puteri Mayor Belt’ dan ‘EduCity Belt’.

“Kejohanan ini akan berlangsung dalam dua sesi iaitu amatur pada sesi pagi untuk perlawanan MMA, Boxing dan Kick Boxing manakala pada malam pula diadakan perlawanan bagi petinju profesional​,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Educity Iskandar Malaysia Sdn Bhd Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi dan tiga petinju profesional – Jihin yang dikenali sebagai Shadow Cat, Mohd Fakhrul yang digelar Mokjudo dan Don Sulaiman.

Sementara itu, Wan Ahmad Saifuddin berkata EduCity sentiasa mendukung aspirasi pembangunan sukan negara dengan menganjurkan pelbagai kejohanan sukan.

Katanya, ia sekali gus dapat menonjolkan Iskandar Puteri sebagai destinasi sukan di selatan tanah air dengan infrastruktur moden dan populasi penduduk yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Sementara itu, Jihin berkata beliau mampu membawa pulang tali pinggang kejuaraan EduCity Belt yang dipertaruhkan.

“(Bagaimanapun) Sebagai petinju profesional, kita tidak boleh terlalu yakin sangat, pemikiran harus diubah dan apa yang penting adalah usaha yang lebih dan berikan yang sebaiknya dalam perlawanan,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan kejohanan EduCity Kombat League 2018, boleh mendapatkan tiket dengan melayari laman web: boxxtomoi.asia – BERNAMA

Tags: berentaptinju
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keuntungan Bersih Suku Ke-3 AEON Credit Service Meningkat Kepada RM87j

Next Post

Seniman Run 2.0: Larian Kumpul Dana Bantu Artis Memerlukan

Related Posts

Pukulan K.O Jojo Dalam Tempoh 16 Saat, Bernilai RM44,000

Pukulan K.O Jojo Dalam Tempoh 16 Saat, Bernilai RM44,000

26/02/2023
0

BANGKOK : Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung menakjubkan dalam siri ONE Championship apabila...

Persatuan Tinju Amatur Johor Sasar 2 Emas Sukma 2020

20/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Persatuan Tinju Amatur Johor mensasarkan pungutan dua pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2020. Diadakan...

Next Post

Seniman Run 2.0: Larian Kumpul Dana Bantu Artis Memerlukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd