• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100,000 Umat Islam Adakan Perhimpunan Di Jakarta

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kira-kira 100,000 ribu orang Islam menyertai perhimpunan di sekitar Monumen Nasional (Tugu Monas) di Jakarta semalam, membayangkan peningkatan pengaruh kumpulan Islam menjelang pilihan raya Presiden Indonesia pada tahun depan.

Perhimpunan itu juga diha­diri oleh bekas jeneral, Prabowo Subianto, pemimpin nasionalis yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan-kumpulan Islam Indonesia. Perhimpunan itu antara lain, merupakan usaha Prabowo meraih soko­ngan komuniti Islam bagi menumbangkan Presiden Joko Widodo dalam pemilihan tahun hadapan selepas tewas tipis pada pilihan raya Presiden 2014.

Ramai peserta perarakan itu memakai pakaian putih dan mengibarkan bendera Islam. Mereka mula berkumpul di Tugu Monas sejak pukul 3 pagi semalam untuk solat berjemaah.

“Kita berbangga kerana Islam di Indonesia adalah Islam yang menyatukan dan bersatu dan kita akan mengekalkan keamanan untuk semua orang,” kata Prabowo dalam ucapannya.

Beribu-ribu anggota polis dikerah bersiap sedia tetapi perhimpunan itu berlangsung dengan aman.

Penganjur menggambarkan perhimpunan kali ini sebagai ‘pertemuan semula’ kepada siri demonstrasi besar-besaran yang bermula pada hujung tahun 2016.

Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyingkirkan Gabenor Jakarta ketika itu, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih popular dengan gelaran Ahok kerana menghina Islam. Beliau merupakan etnik Cina beragama Kristian pertama memegang jawatan itu.

Sementara itu, Joko juga cuba meraih sokongan dengan memilih ulama berusia 75 tahun, Ma’ruf Amin sebagai regunya untuk jawatan Naib Presiden Indonesia pada pilihan raya tahun depan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: IndonesiaPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd