• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamrose Panglima Baharu Medan Timur Tentera Darat

oleh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Panglima Medan Timur, Lt. Jen. Datuk Stephen Mundaw hari ini menyerahkan pemerintahan Medan Timur Tentera Darat kepada penggantinya Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Upacara perbarisan serah terima tugas itu berlangsung di Padang Kawad Kem Muara Tuang di sini.

Upacara menandatangani nota serah terima tugas serta penyerahan tongkat kuasa dan bendera Pemerintahan Medan Timur disaksikan oleh Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Petugas 450 Mej Jen Datuk Zulkapri Rahmat.

Bercakap kepada media selepas majlis berkenaan, Mundaw berpesan kepada pegawai dan anggota yang akan meneruskan perjuangan dan warisan tentera darat agar berkhidmat dengan penuh komitmen dan berdedikasi.

“Apa sahaja yang kita buat hendaklah kita fokus dan melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Jangan buat tugas bagai melepaskan batuk di tangga. Itulah prinsip yang saya pegang sepanjang 41 tahun dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata prinsip itu boleh menjadi panduan kepada anak muda yang berminat berkhidmat dalam angkatan tentera.

Mundaw turut mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas media yang selama ini membuat liputan aktiviti-aktiviti beliau. – BERNAMA

Tags: Panglima ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM

‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM

23/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu lembaga penyiasatan akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan terperinci insiden pertembungan dua helikopter Tentera Laut...

Ismail Sabri, Panglima ATM Terima Vaksin COVID-19

26/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, serta pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd