• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM

oleh Mohd Arshad
23/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Satu lembaga penyiasatan akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan terperinci insiden pertembungan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 kru dan penumpang di Lumut, Perak hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata penubuhan lembaga penyiasatan adalah satu keperluan bagi menjalankan siasatan dalam insiden sedemikian.

“Bila tragedi sebegini berlaku, kita memang berasa amat sedih. Ia satu (tragedi) yang amat malang.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa. Dan lazimnya, kita akan tubuhkan lembaga penyiasatan,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Combat Shooting Club and Combat Adventure Fields di KL Base, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tragedi itu dan kenyataan rasmi akan dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

BHonline-

Tags: Panglima ATMTragedi Helikopter Bertembung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TERKINI: TLDM Tubuh Lembaga Siasatan Tragedi Dua Helikopter Bertembung

Next Post

Pemilik Bagasi Berisi Wang Lebih RM500,000 Belum Disahkan – Polis

Related Posts

Ismail Sabri, Panglima ATM Terima Vaksin COVID-19

26/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, serta pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini...

Affendi Mulakan Tugas Panglima ATM Secara Rasmi

07/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jen. Tan Sri Affendi Buang memulakan tugas secara rasmi di...

Next Post
Pemilik Bagasi Berisi Wang Lebih RM500,000 Belum Disahkan – Polis

Pemilik Bagasi Berisi Wang Lebih RM500,000 Belum Disahkan - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd