• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Didakwa Cabul Cucu Tiri 3 Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang cucu perempuan tirinya di sebuah rumah di Lukut dekat sini, tiga tahun lepas.

Lelaki berumur 68 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd. Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap cucu perempuannya yang semasa kejadian berumur 4 tahun, dengan maksud mencabul kehormatannya, di sebuah rumah di Lukut di sini antara Januari hingga Jun 2015.

Timbalan Pendakwa Raya, A.Ashwini mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Ashwini memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Dalam rayuannya, warga emas itu yang tidak diwakili peguam memohon kepada mahkamah agar dikenakan wang jaminan yang minimum.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan tersebut selain menetapkan 17 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia akibat ditendang pada dada oleh ibu tirinya berumur 43 tahun dalam kejadian di Lukut di sini pada 7 Ogos 2015.

Pada April 2017, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap wanita itu kerana didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada November tahun sama menambah hukuman penjara kepada 15 tahun terhadap bekas operator pengeluaran wanita terbabit berhubung kesalahan sama. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: cabul cucuwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK DUN Rantau: UMNO Calon Semula Mohamad

Next Post

Guru Digigit Kuda Ketika Bercuti Di Thailand

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

Next Post

Guru Digigit Kuda Ketika Bercuti Di Thailand

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd