• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Rantau: UMNO Calon Semula Mohamad

oleh
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKAL… UMNO akan mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran dalam akaun sosial Twitter beliau, sekali gus ‘mematikan’ spekulasi kemungkinan ada calon lain akan diketengahkan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membatalkan kemenangan Mohamad dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 memang sudah dijangkakan.

“UMNO akan mencalonkan semula Mohamad Hassan. Keputusan mahkamah sudah dijangkakan. Jentera BN akan digerakkan sepenuhnya. Biar pun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.

“Demi maruah dan kesinambungan, mari UMNO dan BN perkasa kesatupaduan,” tegas beliau merujuk laporan Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi itu adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan PRK selepas kerusi DUN berkenaan dimenangi Mohamad tanpa bertanding pada 28 April lalu.

Mahkamah membuat keputusan dramatik berkenaan selepas calon PKR bagi kerusi DUN tersebut, Dr. S. Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi cabar keputusan SPR di kerusi itu dimenangi Mohamad secara percuma.

Sementara itu, Streram ketika ditemui wartawan di mahkamah dilaporkan berharap kekal jadi calon bagi kerusi DUN itu sekali lagi: “Saya harap akan terpilih sekali lagi dalam pilihan raya itu nanti.” – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: DUN Rantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pertahan DUN Rantau Bukan Tugas Mudah’

‘Pertahan DUN Rantau Bukan Tugas Mudah’

29/07/2023
0

SEREMBAN : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cabarannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Tok Mat Bayangkan Pertahan Kerusi Rantau

Tok Mat Bayangkan Pertahan Kerusi Rantau

04/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd