• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Rugi RM25K Ditipu Sindiket Macau Scam

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang konsultan produk kecantikan kerugian RM25,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa seorang wanita berusia 26 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Ang pada Rabu minggu lepas semasa berada di pejabatnya di sini dan memberitahu mangsa terlibat dalam beberapa kes jenayah.

“Lelaki yang mengaku polis itu kemudiannya memberitahu wanita berkenaan agar tidak memaklumkan kepada sesiapa yang dia telah terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta dadah kerana bimbang akan mengganggu siasatan.

Mangsa yang terkejut dan terlalu takut selepas dimaklumkan perkara itu tanpa berfikir panjang terus membuat pindahan wang melalui perbankan internet daripada akaun simpanan miliknya ke akaun bank yang diberikan seperti yang diarahkan suspek,” katanya di sini hari ini.

Katanya mangsa melakukan sebanyak lima transaksi pindahan wang ke dalam dua akaun bank berlainan dalam masa tujuh hari berjumlah RM25,000.

Noorzainy berkata suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa semua wang yang dipindahkan itu adalah tujuan siasatan dan duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akauan Juru Audit Negara.

Katanya wanita itu hanya menyedari dia ditipu selepas cuba menghubungi lelaki yang mengaku sebagai Sarjan Ang tersebut semalam namun tidak dapat dihubungi.

“Mangsa kemudian memaklumkan kepada anggota keluarganya dan mereka memarahinya serta mengarahkan wanita itu membuat laporan polis kerana percaya dia telah ditipu sindiket Macau Scam,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan berdasarkan maklumat telefon bimbit serta nombor akaun bank.

Katanya pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket dan jangan mudah panik serta mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil yang tidak dikenali. – BERNAMA

Tags: KonsultanMacau Scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Parlimen Tidak Campur Siasatan PAC

Next Post

Micron Tingkat P.Pinang Sebagai Pulau Silikon Asia

Related Posts

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

21/02/2023
0

KUALA KRAI: Seorang juru kimpal kerugian RM339,900 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 17 Januari lalu. Ikuti...

Next Post

Micron Tingkat P.Pinang Sebagai Pulau Silikon Asia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd