• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Micron Tingkat P.Pinang Sebagai Pulau Silikon Asia

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kehadiran Micron Technology Inc, antara syarikat Fortune 500, untuk bina pusat kecemerlangan pemasangan dan pengujian pemacu canggih (SSD) di Batu Kawan, di negeri ini, akan meningkatkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai Pulau Silikon Asia.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri mengalu-alukan hasrat Micron Technology dan memberi jaminan akan memberi sokongan serta komitmen kepada syarikat dari Amerika Syarikat (AS) itu untuk berkembang.

“Micron Technology akan melabur RM1.5 billion dalam masa lima tahun akan datang untuk membina kemudahan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Syarikat semikonduktor itu membuat pelaburan berkenaan bagi membina kemudahan itu di kawasan seluas 21 hektar yang dijangka beroperasi dalam masa dua tahun dan mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E)

Chow berkata, Pulau Pinang mencatatkan kemasukan terbesar pelaburan langsung asing (FDI) bidang pembuatan yang diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam kalangan negeri di Malaysia yang bernilai RM8.5 bilion.

Katanya, Pulau Pinang juga adalah penerima kedua terbesar jumlah pelaburan dalam bidang pembuatan benilai RM10.8 bilion.

“Daripada RM72 bilion pelaburan diluluskan yang direkodkan antara 2008 hingga Jun tahun ini, RM14.4 bilion atau 30 peratus adalah dari AS, yang menjadikan mereka penyumbang terbesar FDI kepada ekonomi Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Operasi Pengurusan Micron Technology, Gursharan Singh, berkata syarikat berkenaan memilih negeri ini untuk tujuan pengembangannya kerana Pulau Pinang diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan untuk produk semikonduktor dan penstoran.

“Pulau Pinang menawarkan pelbagai kelebihan termasuk rantaian bekalan berkualiti tinggi untuk industri elektronik, logistik, infrastruktur pembuatan mampan, persekitaran perniagaan yang kondusif, akses kepada bakat dan sokongan kerajaan yang kukuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pulau SilikonSSD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Akan Batalkan Pulau Silikon Jika Ambil Alih P Pinang – Dominic Lau

PN Akan Batalkan Pulau Silikon Jika Ambil Alih P Pinang – Dominic Lau

04/08/2023
0

GEORGETOWN : Cadangan tambakan laut bagi membina Pulau Silikon akan dibatalkan sekiranya Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd