• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Indonesia Cedera Diragut Di Sungai Petani

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita warga Indonesia kerugian RM900 selain mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanannya akibat dikelar dalam satu kejadian ragut di Jalan Ambangan Height, di belakang Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata kejadian pada 10.52 malam itu berlaku ketika wanita berusia 30-an yang juga pemastautin tetap negara itu sedang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Beliau berkata ketika melalui jalan itu, sebuah motosikal jenis Honda EX-5 yang dinaiki dua lelaki berumur dalam lingkungan 20an tiba-tiba memotongnya, sebelum mereka berpatah balik menuju ke arah wanita itu, dan meragut beg silang yang dipakainya, menyebabkan dia terjatuh.

“Salah seorang suspek kemudian bertindak mengelar tangan kanan wanita itu menggunakan objek tajam menyebabkan terkena urat nadi. Wanita itu tidak dapat mengecam suspek kerana mereka memakai topi keledar bertutup selain keadaan jalan yang gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata wanita itu dibawa ke HSAH untuk rawatan lanjut dan polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: ragutwanita Indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

01/10/2022
0

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai terbabit dengan kes rompakan di sebuah...

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

23/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita sedang berjalan di Persiaran KLCC, di sini, diberkas orang awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd