Sample Page Title

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai terbabit dengan kes rompakan di sebuah rumah kedai di Taman Saujana Puchong, Puchong, di sini, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu jam 7.39 malam daripada mangsa iaitu wanita warga Indonesia berusia 43 tahun pada hari kejadian.

“Menurut mangsa yang juga pelayan restoran, dia didatangi tiga lelaki yang memecah masuk rumahnya di lokasi kejadian jam 4 petang pada 29 September lalu.

“Suspek menendang mangsa sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM65,000 dan barang kemas bernilai RM11,000 dari almari pakaian menyebabkan wanita itu kerugian RM76,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya membuat tangkapan terhadap seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki tempatan semalam.

“Kami turut merampas wang tunai berjumlah RM17,000 dan pelbagai barang kemas yang disyaki dirompak oleh suspek.


“Siasatan awal dilakukan terhadap suspek mendapati mereka mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

“Kami masih lagi mengesan dua individu terbabit dalam kes terbabit yang masih bebas.,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rompakan berkumpulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor S Anthony John di talian 012-5043470.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 bagi membantu siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...