• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Hangus, Lori Tidak Dapat Pula

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Malang buat seorang peniaga apabila wangnya hangus akibat ditipu dalam urusan jual beli lori tiga tan yang berlanjutan selama hampir setahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 25 tahun itu juga menyedari dia sebenarnya telah membuat bayaran melebihi harga yang dipersetujui.

Katanya, mangsa yang berasal dari Sungai Koyan, Raub mendakwa lori jenis Isuzu itu diiklankan pada harga RM42,000 semasa dia membaca iklan tersebut di laman media sosial pada 28 Jun 2017.

“Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera di iklan itu dan berurusan dengan seorang wanita sebelum bersetuju membayar pendahuluan sebanyak RM3,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank wanita itu pada 29 Jun 2017.

“Suspek kemudiannya menghubungi mangsa pada keesokan harinya bagi meminta bayaran tambahan RM5,300 dan mangsa diminta untuk terus membuat bayaran atas pelbagai alasan termasuk proses menukar nama hak milik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah sehingga 6 April lalu, mangsa telah membuat 24 transaksi pembayaran kepada suspek, yang keseluruhannya berjumlah RM44,340.

Bagaimanapun, setakat hari ini, mangsa tidak pernah menerima lori tersebut dan mendapati suspek telah menukar nombor telefonnya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd