• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ungkapan ‘Bajet DAP’ Cetus Kecoh Dalam Parlimen

oleh
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila beberapa Anggota Parlimen saling bertikam lidah gara-gara ungkapan ‘Bajet DAP’ digunakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memperihalkan Belanjawan 2019.

Anggota Parlimen Bagan Datuk ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar mendakwa Belanjawan 2019 merupakan ‘Bajet DAP’ dan bukannya bajet rakyat kerana agenda DAP telah diterjemahkan secara langsung dalam belanjawan kali ini.

Dakwanya terdapat ketidaksamarataan yang wujud dalam inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2019.

Ungkapan itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota blok kerajaan iaitu Cha Kee Chin (PH-Rasah) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bangun mencelah agar Ahmad Zahid menarik balik perkataan itu.

Perbezaan pendapat antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang terus menjadikan sesi perbahasan gamat apabila Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) turut membangkitkan prinsip kesamarataan yang diperjuangkan DAP.

“Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) daripada DAP. DAP ini mengamalkan prinsip kesamarataan. Dalam bab-bab lain dia (DAP) selalu sebut sama rata, tapi mengapa masa bentang bajet ini, tiada prinsip kesamarataan dilaksanakan. Mengapa ikut pukal sahaja, patutnya kena kira berapa sekolah tahfiz,” soalnya merujuk kepada pengagihan peruntukan kepada institusi pendidikan dalam Belanjawan 2019.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula bangun mencelah mendakwa ia adalah ‘Belanjawan Damansara’ dan mempersoalkan tindakan anggota kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahmad Zahid.

“Dulu DAP selalu sebut Belanjawan UMNO, berulangkali mereka sebut dahulu, tidak pernah kita bangkitkan perkara ini pun,” katanya.

Cha sebelum itu membacakan Peraturan Mesyuarat 36 (6) dan 36 (12) yang masing-masing menyebut seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain dan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“Kenapa saya rujuk kepada dua perenggan ini, kerana ia adalah sangkaan jahat Bagan Datuk (Ahmad Zahid) yang mengatakan Belanjawan 2019 yang dibentang Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagi pihak kerajaan Malaysia dituduh sebagai Belanjawan DAP.

“Saya tahu niat jahat Bagan Datuk selaku Presiden UMNO sengaja memainkan isu perkauman,” tegasnya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bagaimanapun berkata bantahan daripada anggota blok kerajaan mempunyai meritnya dan menegaskan belanjawan yang telah dibentangkan itu adalah belanjawan Kerajaan Malaysia dan bukannya belanjawan DAP, diiringi suara sokongan daripada anggota Parlimen yang lain. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Kali Sebulan Bah Kilat Di Simpang Renggam

Next Post

Tunai Umrah, Mark Mahu Berdoa Dikurnia Anak

Related Posts

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Next Post

Tunai Umrah, Mark Mahu Berdoa Dikurnia Anak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd