• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kali Sebulan Bah Kilat Di Simpang Renggam

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Dua kali dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam masa sebulan, itulah yang berlaku kepada 44 mangsa banjir daripada 10 keluarga dari Kampung Kolam Air, Simpang Renggam, di sini.

Seorang mangsa, Rosli Mahat, 57, berkata, dia bersama isterinya, Saharah Demin, 45, serta empat anaknya dipindahkan kira-kira pukul 7.30 pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air.

Katanya, hujan lebat turun bermula semalam dan berterusan sehingga tengah malam dan kira-kira pukul 3 pagi dan mereka sekeluarga merupakan antara mangsa terawal yang telah dipindahkan.

“Dalam masa 30 hari, kami sudah dua kali berpindah ke sini (PPS) dan kami mengharapkan adanya tindakan daripada pemimpin tempatan dan wakil rakyat di sini agar kejadian ini tidak berulang lagi.

“Jika diikutkan, sebenarnya kawasan ini sudah tiga kali dinaiki air tetapi pada kejadian banjir kali kedua kami tidak berpindah,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS Kampung Kolam Air, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, walaupun air naik secara mendadak, dia bersama isteri dan anak-anaknya sempat meletakkan beberapa barangan elektrik dan perabot di tempat tinggi.

Katanya, mereka sudah bersedia daripada awal dengan mengumpulkan dokumen-dokumen penting di dalam satu bungkusan bagi memudahkan untuk dibawa, setelah melalui pengalaman yang sama beberapa minggu lalu.

“Hampir setiap tahun pada bulan November hingga Januari, kebiasaannya kami bersama penduduk di kawasan rendah akan berpindah ke pusat pemindahan selama dua atau tiga hari bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sebelum ini memang saya sudah letakkan barang-barang di tempat tinggi, namun beberapa hari lalu saya turunkan semula kerana pada hari Khamis ini saya bercadang hendak buat kenduri kerana saya dan isteri mahu menunaikan umrah pada 25 Nov ini.

“Kalau air tak surut juga, saya mungkin buat kenduri di surau dan saya berharap kerajaan dapat buat sesuatu untuk atasi masalah banjir ini kerana sepanjang hampir 30 tahun saya tinggal di sini, boleh dikatakan tiap-tiap tahun akan banjir,” katanya.​​​​​​​

Dalam pada itu, menurut Penghulu Mukim Ulu Benut, Musa Marzuki berkata setakat pukul 4 petang ini, keadaan masih tidak berubah dengan 44 mangsa dari 10 keluarga masih ditempatkan di PPS.

Katanya, PPS berkenaan dibuka jam 8 pagi dan mereka mendapat bantuan dibekalkan dengan kit kecemasan bencana serta bantuan lain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – BERNAMA​​​​​​​

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd