• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Zara : Ibu Tidak Dapat Terima Penjelasan Pengasuh

oleh
12/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasuh kepada Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal memberi alasan tidak tahu apa yang berlaku apabila disoal oleh ibu bayi malang itu mengenai kecederaan yang dialami anak keduanya itu.

“Kalau abe (suami) akak salah, akak terima je (sahaja) .. sbb aku btl2 (betul-betul) xth (tak tahu)…skrg (sekarang) ni abe (abang) kat balai polis … kalau ye (betul) salah akak terima,” itu respons balas pengasuh berkenaan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu Zara, Noraihan Ab Aziz, 22, pada Khamis lepas.

Jawapan itu diberi selepas Noraihan menyoal beliau tentang kesan koyakan sehingga satu sentimeter di kemaluan anaknya berusia 11 bulan selain mendesak pengasuh itu untuk berterus terang sama ada suaminya melakukan perkara terkutuk tersebut.

“Kalau disebabkan tercekik buah epal, macam mana kepala bayi saya boleh retak tiga tempat, macam mana kemaluan anak saya boleh terkoyak? Hati saya kuat mengatakan suami akak bersalah,” soalnya kepada pengasuh menerusi aplikasi WhatsApp tetapi pengasuh hanya meminta maaf dan membalas tidak tahu-menahu akan perkara itu.

Noraihan dimaklumkan pihak Hospital Serdang pada petang Rabu bahawa Zara dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas pasangan itu mendakwa bayi berkenaan tercekik epal.

Mesej WhatsApp bertarikh 8 Nov itu didedahkan kepada Bernama hari ini.

Zara meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya sendiri.

Menjelaskan mengenai kecaman masyarakat bahawa beliau lambat bertindak setelah mendapati kesan lebam pada tubuh Zara, ibu kepada dua anak itu menjelaskan beliau terpaksa menghantar Zara kepada pengasuh tersebut sementara mengambil pengasuh baharu.

“Saya terpaksa hantar Zara minggu tersebut kerana tiada pengasuh lain dan saya pujuk diri saya, tak apa, minggu ini sahaja, bertahanlah sehingga saya dapat berhubung dengan pengasuh lain,” katanya sebak mengenangkan kisah itu.

Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi Sabtu.

Suami pengasuh yang bekerja sebagai penggunting rambut ditahan reman selama lima hari sehingga 13 Nov dan ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd