• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Putus Mula Tempoh Potongan PTPTN Untuk B40

oleh Ahmad Albab
07/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum memutuskan tempoh permulaan pelaksanaan potongan pinjaman kepada graduan ijazah sarjana muda kelas pertama daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya sedang mempertimbangkan sama ada mahasiswa sedia ada yang bakal menamatkan pengajian dengan keputusan kelas pertama, masih dapat menikmati potongan pinjaman itu atau sebaliknya.

“Potongan pinjaman yang disebut dalam Belanjawan 2019 itu bermaksud pengecualian bayaran balik seperti yang dilaksanakan ketika ini.

“Bagaimanapun, kami belum memutuskan bagaimana ia dilaksanakan, iaitu sama ada ia bermula awal tahun depan atau akhir 2019.

“Selepas diputuskan, kami akan mengumumkannya bersama mekanisme bagi beberapa perkara lain berkaitan PTPTN yang diumumkan dalam Belanjawan 2019,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Ketika pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan potongan pinjaman PTPTN akan dilaksanakan hanya kepada pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah atau B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Susulan pengumuman itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan keputusan memberikan pengecualian itu hanya kepada graduan B40 adalah tidak betul serta mengabaikan sejumlah golongan pertengahan (M40) yang berusaha mendapatkan ijazah kelas pertama sejak beberapa tahun lalu.

Wan Saiful berkata, secara asasnya, pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama, hanya dapat diberikan kepada golongan B40 kerana kerajaan berdepan kekangan kewangan, namun penjelasan lanjut akan diberikan kemudian.

Sehingga 30 September lalu, seramai 52,590 peminjam PTPTN sudah menikmati pengecualian bayaran balik, membabitkan jumlah pinjaman sebanyak RM1.6 bilion. – BH ONLINE

Tags: B40PTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd