• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangga Menara Eiffel Dijual Pada Harga 169,000 Euro

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Satu bahagian tangga Menara Eiffel di sini dijual dengan harga hampir 170,000 euro (RM807,850.41) kelmarin, umum pelelong, hampir tiga kali ganda berbanding anggaran sebelum jualan.

Lebih 12 tangga besi tempa daripada struktur asal tingkat dua dan tiga bangunan mercu tanda ibu kota ini dijual kepada seorang pengumpul dari Asia Barat dengan harga 169,000 euro (RM803,098.34) selepas perang bidaan di ibu kota Perancis itu.

Rumah lelongan, Artcurial pada mulanya menganggarkan harga jualan antara 40,000 hingga 60,000 euro (RM190,082.45 dan RM285,123.67).

Tangga itu, memiliki ketinggian 4.3 meter dan sebahagian daripada koleksi persendirian Kanada, bertarikh sejak 1889 apabila jurutera lagenda Perancis, Gustave Eiffel membina bangunan setinggi 324 meter itu sebagai pusat tumpuan Pameran Universal Paris.

Ia kemudian menjadi paparan paling ikonik bangunan mercu tanda ibu kota ini dan tugu paling banyak dikunjungi di Perancis walaupun gesaan supaya memusnahkannya beberapa tahun selepas pameran.

Ia masih menjadi struktur ketiga paling tinggi di Perancis dan bangunan tertinggi di dunia selama 41 tahun sehingga pembinaan Bangunan Chrysler di New York pada 1930-an.

Tangga itu ditanggalkan daripada menara terbabit pada 1983 untuk memberi laluan memasukkan lif dan dipotong kepada 24 bahagian, antara dua hingga sembilan meter tinggi. Beberapa daripadanya dibeli muzium atau berakhir dengan pemasangan di tapak berprestij seluruh dunia.

Artcurial menjual satu bahagian berasingan menara itu, hanya 14 anak tangga dengan harga 523,800 euro (RM2.49 juta) kepada seorang pembeli dari Asia pada 2016. – AFP/BH ONLINE

Tags: Menara EiffelParis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

16/03/2023
0

PARIS - Beribu-ribu tan sampah tidak dikutip sejak hampir seminggu lalu bukan sahaja mencacatkan pemandangan Paris, malah ia menimbulkan bau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd