• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Longgokan Sampah Cemari Kota Paris

oleh AK-47
16/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Longgokan Sampah Cemari Kota Paris
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Beribu-ribu tan sampah tidak dikutip sejak hampir seminggu lalu bukan sahaja mencacatkan pemandangan Paris, malah ia menimbulkan bau busuk sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai dan pelancong asing yang berkunjung ke bandar yang terkenal dengan gelaran Kota Romantis itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbunan sampah sarap yang dilonggok di pinggir jalan itu turut menarik kehadiran ulat, lipas dan tikus.

Situasi tersebut berlaku selepas syarikat pembersihan di ibu negara Perancis itu menyertai mogok sejak minggu lalu sebagai sebahagian daripada protes besar-besaran di seluruh negara berhubung reformasi pencen Presiden Emmanuel Macron.

Langkah Macron yang mahu menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun mendapat tentangan kuat daripada kesatuan pekerja.

Pelan tersebut menyatakan bahawa mulai 2027 bakal pesara boleh menerima pencen penuh jika mereka mencarum selama 43 tahun.

Perubahan itu adalah antara agenda utama politik Macron, dengan kerajaan menjelaskan bahawa peningkatan usia persaraan dan keperluan pencen penuh penting bagi mengelak sistem berdepan defisit.

Akibat mogok yang berterusan, kira-kira 6,600 tan sampah terbiar begitu sahaja.

“Kotor dan berbau, malah lipas serta tikus ada di mana-mana,” menurut seorang warga Paris yang mengadu kepada stesen radio tempatan.

Menurut wakil kesatuan pekerja, keadaan kotor, busuk dan tidak terurus itu dijangka berterusan sehingga Isnin depan.

Pekerja pembersihan dan pemandu lori sampah sebelum turut menuntut kenaikan gaji supaya mereka mendapat pencen lebih tinggi.

Kebanyakan mereka bimbang sekiranya wang pencen yang diterima nanti terlalu rendah untuk mereka menghadapi hari tua, di tengah-tengah sentimen kenaikan kos sara hidup yang berterusan.

Pihak berkuasa di Paris memaklumkan pekerja pembersihan bertindak menyekat tiga tapak rawatan sisa pepejal di bandar tersebut dan tapak keempat pula sebahagiannya telah ditutup.

Bandar lain termasuk Nantes, Rennes dan Le Havre turut mengalami situasi sama.

Seorang penyampai di stesen radio Europe1 menyifatkan situasi tidak menyenangkan itu sebagai ‘acara hidangan bufet besar-besaran’ untuk enam juta tikus di Paris yang populasinya adalah dua kali ganda berbanding populasi manusia yang menghuni kota metropolis tersebut.

-Sinar Harian

Tags: Kota ParisLonggokan SampahParis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyokong Frankfurt Mengamuk Di Itali

Next Post

Penyelewengan Sukuk RM597 Juta, Pegawai KDN Akan Dipanggil

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

13/11/2022
0

PARIS – Seorang lelaki Iran yang menjadi perhatian seluruh dunia kerana menetap di sebuah lapangan terbang di Paris selama 18...

Next Post
Penyelewengan Sukuk RM597 Juta, Pegawai KDN Akan Dipanggil

Penyelewengan Sukuk RM597 Juta, Pegawai KDN Akan Dipanggil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd