• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Khidmat Tren Skypark Ditetapkan RM11

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tambang perkhidmatan tren Skypark Link dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ditetapkan pada kadar RM11 untuk perjalanan sehala, mulai 1 Januari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkhidmatan kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula bulan Mei lepas itu, menawarkan tambang percuma kepada orang ramai sehingga 31 Disember ini.

“Kadar tambang ini mendapat kelulusan Kabinet… kerajaan tidak boleh memberikan perkhidmatan percuma selama-lamanya kerana kerajaan memerlukan pulangan keuntungan semula menerusi bayaran tambang tren ini untuk digunakan dalam penambahbaikan sistem pengangkutan awam dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di LTSAAS, di sini.

Terdahulu, Loke telah menaiki tren itu dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark di LTSAAS untuk meninjau perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan KTMB kepada orang ramai.

Loke berkata tambang harga perjalanan sehala bagi pengguna kad Touch ‘n Go adalah RM10, manakala potongan harga 50 peratus diberikan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya telah meminta pihak KTMB meningkatkan promosi perkhidmatan tren Skypark ini menerusi kempen pengiklanan dan pemasaran serta mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan yang menggunakan LTSAAS untuk menggalakkan penumpang mereka menggunakan perkhidmatan tren ini dengan menawarkan tambang harga yang berpatutan,” katanya.

Loke berkata jumlah kos projek pembinaan landasan keretapi Skypark itu berjumlah kira-kira RM500 juta dan buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menyambungkan landasan dari Terminal Sykpark di LTSAAS ke Sungai Buloh namun perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet kelak.

Dalam pada itu, kementerian bercadang untuk membina sebuah jejantas pejalan kaki dari Terminal Skypark ke LTSAAS dengan kemudahan penghawa dingin, dan laluan pejalan kaki bergerak pada masa hadapan.

“Jejantas pejalan kaki itu akan dibina dan diuruskan oleh syarikat yang mengendalikan LTSAAS,” katanya. – BERNAMA

Tags: Skyparktambang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT, LRT Selama Sebulan

16/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan...

Tambang Bas Sekolah Mungkin Naik

26/05/2022
0

SHAH ALAM: Ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah di sekitar Lembah Klang dijangka berdepan dengan kenaikan harga tambang bermula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd