• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firma Aeroangkasa China Minat Labur Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA syarikat aeroangkasa China berminat untuk bekerjasama dengan firma Malaysia bagi membangunkan beberapa projek pusat sains, menurut Dewan Perniagaan Global Malaysia (MGCC).

Presiden, Prof Datuk Seri Dr Alex Ong berkata, MGCC sedang meneroka peluang pelaburan sektor berkenaan bersama bakal pelabur China dalam lawatan ke Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Beijing dan bertemu Pengarah MIDA Bahagian Pelaburan, Mohd Zukepli Embong, pada Jumaat.

“Hasil kunjungan itu, Mohd Zukepli menyatakan beberapa peluang pelaburan yang ada di Malaysia kepada bakal pelabur itu dalam beberapa bidang pusat sains,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Pengarah Urusan Shenfei Aerospace International (M) Sdn Bhd, Datuk Steven Tong serta beberapa rombongan pengusaha dan badan organisasi aeroangkasa di Beijing.

Ong berkata, antara yang berminat ialah sebuah syarikat aeroangkasa China menerusi anak syarikatnya di Malaysia, Shenfei Aerospace International, yang bersedia untuk melabur RM100 juta di Malaysia serta bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi membina pusat sains bertaraf antarabangsa di beberapa negeri yang akan dikenal pasti.

Justeru itu, beliau berkata, MGCC sedia menjadi jambatan kepada pihak China yang ingin membuat pameran serta menyebarkan maklumat mengenai sektor aeroangkasa di Malaysia.

“Bidang ini telah diperkasakan sejak dahulu lagi namun ia perlu penambahbaikan dari segi pengetahuan terkini untuk memastikan negara tidak ketinggalan dan sentiasa bersaing dengan negara maju.

“Dalam masa sama, ia memberi satu kelebihan kemajuan kepada negara untuk meningkatkan jurang ekonomi dan hubungan antara Malaysia dan negara sahabat lain yang mempunyai teknologi seperti itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil langkah yang baik bagi meyakinkan pelabur luar negara membuat pelaburan di Malaysia.

Berasaskan keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan di samping kestabilan ekonomi serta politik yang lebih baik, pelabur asing akan lebih yakin untuk datang melabur di dalam beberapa bidang khususnya bidang berteknologi tinggi yang menjadi antara dasar baharu kerajaan, katanya.

Kumpulan pelabur ini dijangka berkunjung ke Malaysia untuk berbincang lanjut mengenai pelaburan dalam teknologi yang dihasratkan.

Oleh itu, Ong berkata MGCC merancang untuk mengatur pertemuan pelabur China itu dengan kementerian dan kerajaan negeri berkaitan bagi membincangkan potensi dalam teknologi hibrid yang diusahakan firma aeroangkasa China.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sains, Beijing Shenfei Aerospace Application Technology Research Institute, Mao Hongwei berkata, banyak kerjasama boleh dilaksanakan antara dua negara dalam bidang pertanian melibatkan teknologi hibrid benih tumbuhan seperti sayur-sayuran yang sesuai ditanam di Malaysia. – BERNAMA

Tags: AeroangkasaMGCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Ambil Keterangan Sivakumar Isu Pekerja Asing

LIMA 2023 ‘Tayang’ Lebih 100 Aset Aeroangkasa, Maritim

16/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 aset daripada industri aeroangkasa dan maritim akan dipamerkan kepada pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Kurangkan Karbon Industri Aeroangkasa

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Kurangkan Karbon Industri Aeroangkasa

16/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Tenaga Penerbangan Mampan dalam usaha mengurangkan jejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd