• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spesimen Tulang, Darah Mangsa Kebakaran Diambil

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, yang mendengar perbicaraan kes kebakaran tragis Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu bahawa spesimen tulang, darah dan air kencing milik mangsa kebakaran telah diambil pada hari sama kejadian itu berlaku.

Ketua Unit Siasatan Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman ASP Khairil Idzwan Ahmad, 42, berkata spesimen tersebut yang diambil oleh beberapa pegawai perubatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kemudian telah diserahkan kepadanya untuk tindakan lanjut, juga pada hari sama.

“Pada hari sama saya telah menerima sampel-sampel spesimen mangsa iaitu spesimen tulang, darah dan air kencing. Turut diterima adalah cebisan baju mangsa,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz pada perbicaraan kes itu hari ini.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-36 itu yang ketika kejadian adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berkata, beliau telah menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada pukul 6.30 pagi 14 September 2017.

Saksi itu berkata beliau kemudian bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada 7.15 pagi sebelum mengarahkan anggotanya mengiringi mayat mangsa ke Jabatan Forensik HKL.

Pendakwaan turut dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyahmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd