• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SMK Maxwell KL Kini Diiktiraf Warisan Kebangsaan

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell, di sini, kini boleh berbangga apabila sekolah berkenaan yang didirikan pada 1917, digazetkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SMK Maxwell (Maxoba) Datuk Badruddin Abu Bakar berkata pengiktirafan oleh Jabatan Warisan Negara pada 2 April lepas itu adalah hasil usaha persatuan itu yang dimulakan sejak 10 tahun lalu bagi memelihara nilai sejarah sekolah berkenaan.

“Kami gembira dengan pengiktirafan ini dan berharap dengan status ini kawasan sekolah tidak menerima kesan daripada pembangunan pesat yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

“Pengiktirafan ini juga sangat bermakna kerana SMK Maxwell baru saja menyambut ulang tahunnya ke-100 pada tahun lalu,” katanya kepada Bernama pada majlis makan malam Maxoba, di sini.

Kira-kira 500 bekas pelajar sekolah yang terletak di Jalan Tun Ismail itu meraikan pengiktirafan bekenaan pada majlis makan malam terbabit.

Dalam majlis itu, Pengarah Bahagian Daftar Warisan Jabatan Warisan Negara Mohamad Muda Bahadin menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Pengetua SMK Maxwell Hanipah Endut.

Antara bekas pelajar terkenal sekolah berkenaan yang hadir ialah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang, bekas pemain bola sepak kebangsaan Zainal Abidin Hassan dan bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Pihak persatuan telah bertemu pelbagai pihak sepanjang 10 tahun berkempen untuk mendapatkan status berkenaan iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Warisan Negara, katanya.

Beliau menjelaskan usaha mendapatkan status itu bermula pada 2009 apabila Maxoba menulis surat kepada bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim dan pada Julai tahun sama, artikel daripada persatuan itu mengenai warisan sejarah sekolah berkenaan, diterbitkan dalam majalah Heritage Asia. – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd